Showing posts with label LiFe. Show all posts
Showing posts with label LiFe. Show all posts

31 July 2012

Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum W.B.T..

Dear readers..

It has been a while since my last post in this blog but it doesn't mean I'm not interested in bang out my thoughts anymore.. Thank you so much for those who currently following me..Thank you so much for all the supports.. Nothing inspire happened to share as I'm not a person who talk rubbish in my blog.. My aim is to motivate others and share my life experiences which more or less will help me to gain rewards from Allah S.W.T.. :-)

Presently struggling for my internship to complete my degree.Can't really imagine a life as an engineer yet, but I do hope I'll enjoy it as my future rely on this..This is the path I've chosen.. I've work hard striving to the top , and now I leave to Allah to decide..Other than that, now we are in fasting month which is full of barakah from Allah S.W.T..Let's grab the opportunity to gain rewards from Allah..^_^

Ramadan is one of the holy festivals which the Muslims celebrate every year with a month of fasting, prayers and self-sacrifice. The Muslims consider it to be the month when they get closer to The Almighty. It’s the time when they follow certain religious principles which is considered to help them acquire patience and strength of mind. They not only pray to Allah for themselves but also request The Almighty to shower his blessings on their loved ones.




Till then… I can only ask The Almighty Allah to give me strength and health in hopes to earn the wisdom to be reborn again….Ramadhan Mubarak to all of you..Pray for  us to have a spiritually fulfilling month..^_^


08 October 2011

Renungan Bersama

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,sudah sehari duduk di rumah. Tempat di mana ana mencari ketenangan. Selepas melepaskan kepenatan 4jam perjalanan dari shah alam ke kuantan,emak tersayang memberikanku satu kad jemputan kahwin. Puas memikirkan siapa empunya kad jemputan ini,rupa-rupanya 'senior' di sekolah lamaku menjemputku ke majlis perkahwinannya. Sekarang semakin ramai umat Muhammad mendirikan masjid. Gembira hati ini mendengarnya. Alhamdulillah. Ana? Lambat lagi nampaknya. Kejayaan & kebahgiaan ibu bapa adalah keutamaan ana sekarang. Tujuan utama ana menulis hari ni adalah apabila ana membaca kad jemputan ini,ada satu yang menarik perhatian,ana ingin berkongsi dan mungkin boleh menjadi renungan kita bersama..

Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia
Isteri yang Kamu Nikahi
Tidaklah Semulia Khadijah
Tidaklah Setaqwa Aisyah
Pun Tidak Setabah Fatimah
Justeru Itu Isteri Hanyalah
Wanita Akhir Zaman
Yang Punya Cita-Cita
Menjadi Solehah,Pernikahan
Ataupun Perkahwinan
Mengajar Kita Kewajipan Bersama
Mengisafkan Kita Perlunya
Iman Dan Taqwa
Untuk Belajar Meniti
Sabar Dan Redha
Kerana Memiliki Isteri Yang
Tidak Sehebat Mana
Justeru Kamu Akan Tersentak Dari Alpa
Kamu Bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun Bukanlah
Saidina Ali Karramallah Wajhah
Cuma Kita,Suami Akhir Zaman
Yang Berusaha Menjadi Soleh

Nota Cinta : Solehahkan diri dahulu sebelum mendambakan seorang yang Soleh.

07 October 2011

Remaja,Cinta & Kehidupan


Assalamualaikum w.b.t
Sekarang gejala 'coupling' di kalangan remaja tersangat membimbangkan.Remaja kini terlalu banyak yang ingin merasai sesuatu yang baru.Keinginan yang banyak membawa kemudaratan dari kebaikan.Di sini ana ingin berkongsi sedikit info yang ana peroleh dari satu laman sesawang yang menjadi 'favourite' ana.Cerita yang sedikit sebanyak terjadi seperti diri ana.Semoga ianya membawa satu manfaat kepada diri ana dan rakan-rakan yang disayangi.
Melangkah ke alam 20-an sememangnya membawa insan bernama remaja untuk berfikir lebih jauh mengenai erti sebuah kehidupan. Terbentang dihadapannya seribu satu pilihan yang akan menentukan corak masa hadapan. Semuanya terletak di tangan masing-masing. Pilihan yang mana harus digarap terlebih dahulu.
Pelajaran, perhubungan, percintaan, perkahwinan adalah topik-topik yang tidak akan pernah lari dalam perbualan remaja normal seperti saya. Sering saya berkongsi cerita dengan ummi setiap kali berbual.
"Ummi, kak fatin dah kahwin!" jawapan yang diterima.
"Belajar dululah kak."
Niat di hati sengaja saya mahu bercerita, namun respon yang diterima berbeza pula. Saya tahu, ummi mahu saya fokus dalam pelajaran terlebih dahulu. Usah bermain-main dengan perasaan.
Ummi saya berkaca mata. Pernah saya bercerita lagi kepada Ummi.
"Umi, semalam ada seorang kawan akak, dia YM dengan seorang kawan lelaki ni. Budak laki ni mulakan perbualan. Salam sayang, pelik akak dibuatnya, macam bukan pelajar agama. Kalau tengah bercinta memang macam tu ya? "
" Mana ada erti cinta sebelum kahwin. Kalau dah berdua dalam YM, samalah juga macam duduk berdua bersama-sama tanpa orang lain. Yang ketiga siapa? Mestilah SYAITAN bukan?"
Pesan Ummi, " Kalau nak dapat anak soleh tu mesti permulaannya baik dan betul."
Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah rasa suka dengan seseorang. Perempuan memang cepat jatuh hati. Sangat bahaya!.
Sangat normal untuk seseorang itu jatuh hati/ taruh perasaan/ minat dengan orang lain. Saya tidak terkecuali. Ya, saya berkongsi cerita dengan Ummi.
Bagaimana saya boleh asyik, suka, minat. Pesan umi, solat tahajjud minta Allah tetapkan hati.
Tetapi dalam masa yang sama, saya takut kalau-kalau saya menjadi fitnah kepada saudara tersebut. Kakak perlu doa pada Allah seperti ini :
Ya Allah aku mohon ampun sekiranya perlakuanku menyebabkan dosa kepada saudaraku.
Saya takut saya ini melalaikan saudara saya daripada Allah. Memang perlu rasa seperti itu, supaya kita takut dengan Allah. Doa pada Allah supaya hati kita terpelihara daripada gangguan syaitan itu.
Saya takut perasaan minat saya hanyalah membuatkan saya lebih jauh daripada Allah. Kalau ada teringat-ingat itu cepat istighfar. Selagi tidak ada yang sohih jangan rosakkan hati kita.
Resah, gelisah, semuanya bergaul dalam diri. Saya seolah-olah mahu menafikan rasa suka saya terhadap saudara tersebut. Tiba-tiba rasa cemburu dengan kawan-kawan yang rapat dengannya. Rasa 'insecure.' Rasa mahu cepat-cepat uraikan belitan perasaan ini.
Diakah untuk saya?
Siapa saya untuk dia?
Jika dia pun suka sama suka dengan saya, apa perlu saya buat?
Saya takut saya akan turut bercinta seperti kawan saya yang lain. Nah, mungkin saya pula akan teruji begitu? SAYA TAKUT!
Serabut sangat perasaan itu. Rencana Allah itu indah. Rupanya Allah lontarkan masalah yang serupa kepada seorang sahabat di Mesir. Kami punya fikrah yang sama. Masing-masing takut dengan perasaan ini.
Sedang berlari-lari melalui hari dalam perasaan ini, banyak pula post dan artikel mengenai cinta bertebaran di laman web kunjungan saya.
Banyak juga tazkirah dan peringatan mengenai perihal cinta. Saya dan sahabat selalu bertukar cerita, selalu mengingatkan diri masing-masing tentang matlamat hidup anak perantauan menuntut ilmu.
Sehinggalah hati saya ini terusik dengan serangkap kata-kata hikmah yang akhirnya menenangkan gundah tidak sudah.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.
Bertemu yang soleh, belum tentu kekal, mungkin boleh berubah solehnya. Kerana si soleh adalah insan biasa.
Perkahwinan adalah sebuah proses menjadi dan bukannya mencari.
Orang kata, cinta itu tidak semestinya memiliki bukan? Lebih baik cinta dalam diam.
Semoga setiap pilihan kita itu dibawah bimbingan-Nya. Selalu kita mahukan sesuatu untuk memenuhi kehendak diri kita, tapi sering kita lupa, Allah tidak akan berikan setiap yang kita mahu tetapi Dia berikan setiap yang kita perlu.
Jadi, sekarang saya akan fokuskan diri, gandakan usaha untuk menjadi seorang ummi yang berjaya.
Kelak kekanda saya akan tiba jua. Kalau bukan di dunia, akan ketemu jua di syurga sana.
Nota Cinta: 'Kejarlah cinta Sang Pencinta sebelum mengejar cinta yang belum pasti lagi.

30 September 2011

Bertaut Kembali~

Assalamualaikum w.b.t

Lama blog ni tidak di 'update' disbbkn kengkangan masa untuk menghadapnya..Kerja semakin hari semakin bertambah..Tapi itu adalah lumrah kehidupan kita ini..Hari yg mendatang adalah hari untuk kita belajar dalam usaha untuk meningkatkn ketaqwaan kita kepda YG MAHA ESA..Apabila usia semakin meningkat,baru ana mengerti erti masa yang amat2 berharga. Tanpa perancangan yg rapi & teratur, anda akan dapat rasa yang hidup anda telah terbuang begitu sahaja tanpa perkara yg berfaedah. Teringat akan kata2 seorg sahabat ana.."Sesungguhnya masa adalah musuh utama dalam usia remaja ni"..Betul katanya kerana remaja yang tidak pandai menyusun dan mengatur masa 24jamnya dengan baik,akan kerugian yang teramat sangat.

Ana bukanlah seorang yang pandai dalam menyusun waktu dalam hari-hari ana tetapi sedikit2,perlahan2 ana belajar untuk menjadi seorang 'perancang' yang terbaik dalam hidup ana..Dan Alhamdulillah ianya berhasil walaupun kadang2 ana terbabas juga tidak mengikut apa yang ana telah rancangkan seperti kata2 yang pernah kita dengar "Sebaik2 perancang adalah Allah S.W.T,kita hanya mampu merancang tetapi DIA lh yang menentukannya" tetapi tidak bermaksud anda tidak perlu merancang..Dan apabila kita telah merasakan apa yang kita susun itu adalah yang terbaik dan membuahkan kejayaan jangan pula kita lupa kepadaNYA..Setiap kejayaan dan kegagalan itu telah tertulis dalam kehidupan kita..Jangan apabila gagal sahaja,kita ingat kepadaNYA dan apabila kita berjaya kita lupa kepadaNYA..itu adalah salah dalam kehidupan kita sebagai seorang yang beragama ISLAM..Dalam hati kita sepatutnya sentiasa ada ALLAH..kemana-mana sahaja dan apa-apa sahaja kita hendak lakukan,pastikan  kita sentiasa ingat kepadaNYA..ini adalah nasihat ana kepada diri ana juga..

Mungkin anda terfikir,agak susah untuk istiqomah untuk melakukannya tetapi dari kepayahan itulah ianya akan menjadi senang.Perlahan-lahan untuk berubah menjadi sesorang muslim @ muslimah yang diredhai Allah itu tidak susah..ianya antara kita hendak atau tidak sesuatu perkara itu..Jadilah seorang muslim @ muslimah yang 'serba boleh' maksudnya seorang muslim @ muslimah yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..seperti kata ana di awal tadi,sesuatu perancang yang rapi akan menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.."If you fail to plan,you plan to fail"..Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan dan rancanglah masa remaja anda sebaik-baiknya..(nasihat utk diri yg lemah ini jg..)^_^


Love Letter: mlm ni akan b'gerak ke banting utk Progam Smart Generation PMH..^_^



13 April 2011

Ukhwah Terbina kerana Allah

 Assalamualaikum w.b.t

Hari ini ana hendak berkongsi sesuatu yang ana dapat rasa sendiri dalam hidup ana.Dua tiga minggu ini ana ada teringat kepada dua orang sahabat ana semasa ana belajar di Penang dulu.X tahu kenapa perasaan rindu kepada dua sahabat ana ini makin mendalam, tanpa membuang masa ana terus call mereka dan rupa2nya mereka berdua juga merasai apa yang ana rasa.Subhanallah.Apa yang hendak ana sampaikan di sini adalah apabila sesuatu ukhwah itu dibina ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan sesuatu balasan dari satu pihak yang lagi,insyaAllah Allah akan sentiasa mengeratkan hubungan itu walaupun di mana kita berada di antara satu sama lain.Sebelum ana mengundur diri,ada sedikit ilmu untuk sahabat2 ana yang bergelar muslimah..^_^

Ciri-ciri Wanita Syurga
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :
  1. Bertakwa 
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.
  3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
  4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.
  7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
  11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.
  12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua orang tua.
  15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Inilah beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)




31 March 2011

Perancangan & Perubahan

Assalamualaikum w.b.t

Lama blog ni tidak di 'update' disbbkn kengkangan masa untuk menghadapnya..Kerja semakin hari semakin bertambah..Tapi itu adalah lumrah kehidupan kita ini..Hari yg mendatang adalah hari untuk kita belajar dalam usaha untuk meningkatkn ketaqwaan kita kepda YG MAHA ESA..Apabila usia semakin meningkat,baru ana mengerti erti masa yang amat2 berharga..Dulu masa kecil2 tidak terfikir untuk buat apa dari satu masa ke masa yg akan mendatang,tp bila sudah dewasa ni,perancangan itu amat penting dalam hidup seseorg.Lagi2 seorg mahasiswa seperti ana..Tanpa perancangan yg rapi & teratur, anda akan dapat rasa yang hidup anda telah terbuang begitu sahaja tanpa perkara yg berfaedah..Teringat akan kata2 seorg sahabat ana.."Sesungguhnya masa adalah musuh utama dalam usia remaja ni"..Betul katanya kerana remaja yang tidak pandai menyusun dan mengatur masa 24jamnya dengan baik,adalah seseorg yg sangat2 rugi dalam kehidupannya bukan sahaja pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang..

Ana bukanlah seorang yang pandai dalam menyusun waktu dalam hari-hari ana tetapi sedikit2,perlahan2 ana belajar untuk menjadi seorang 'organizer' yang terbaik dalam hidup ana..Dan Alhamdulillah ianya berhasil walaupun kadang2 ana terbabas juga tidak mengikut apa yang ana telah rancangkan seperti kata2 yang pernah kita dengar "Sebaik2 perancang adalah Allah S.W.T,kita hanya mampu merancang tetapi DIA lh yang menentukannya" tetapi tidak bermaksud anda tidak perlu merancang..Dan apabila kita telah merasakan apa yang kita susun itu adalah yang terbaik dan membuahkan kejayaan jangan pula kita lupa kepadaNYA..Setiap kejayaan dan kegagalan itu telah tertulis dalam kehidupan kita..Jangan apabila gagal sahaja,kita ingat kepadaNYA dan apabila kita berjaya kita lupa kepadaNYA..Dalam hati kita sepatutnya sentiasa ada ALLAH..kemana-mana sahaja dan apa-apa sahaja kita hendak lakukan,pastikan  kita sentiasa ingat kepadaNYA..ini adalah nasihat ana kepada diri ana juga..

Mungkin anda terfikir,agak susah untuk istiqomah untuk melakukannya tetapi dari kepayahan itulah ianya akan menjadi senang..PERCAYA kata ana..perlahan-lahan untuk berubah menjadi sesorang muslim @ muslimah yang diredhai Allah itu tidak susah..ianya antara kita hendak atau tidak sesuatu perkara itu..nasihat ana,jadilah seorang muslim @ muslimah yang 'serba boleh' maksudnya seorang muslim @ muslimah yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..seperti kata ana di awal tadi,sesuatu perancang yang rapi akan menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.."If fail to plan,you plan to fail"..Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan dan rancanglah masa remaja anda sebaik-baiknya..Hayatilah bait-bait lagu ini..

                              

13 December 2010

Keperluan Atau Kemahuan?

Keperluan atau kemahuan?Hari ni rse mcm nk bercerita tntg 'handbag' lak..^_^...Wanita xpenah lri dr b'fesyen..N Tnyalh mne2 wanita dlm dunia ni,sapa xske handbag kn..mesti korg akn ckp xnormal lh kalu seseorg wanita tu xske handbag..tp yg make them differnt is seseorg tu hnya memerlukan bag itu sebgai keperluan shja ataupn ia adalh kemahuan..Me myself adalh sorg yg SGT3 TAKSUB dgn handbag...hihihi...klu p kuliah tu,beg wajib matchng dgn colour bju...hahaha...nasib kasut xnk matchng..huhuhu...mcm2 jns bag or handbag kte blh dpt kt psran..tinggl 'ongkosnya aja'...hahaha..oklh..there's few pic of handbag...


 Gambar hiasan


 Gambar hiasan


Gambar hiasan



Gambar hiasan


Ada lg gmbr2 handbg,cme mls dh nk upload..huhuhu..t kalu ade yg b'kenan,anda p jmpe pakcik google ek...:P...Cantik kn handbag2 tu, tp sblm kte nk bli those handbg, kte kne pk dlu ianya keperluan or kemahuan..bkn ape,kte kne tgk pd mse n keadaan..klau mse tu ade smthng yg lg pnting, better kte pentingkn mne yg lg penting tu..hahaha(ayat dh memeningkn)..bkn ape, ade sesetgh wanita dh smpai 'shopaholic' yg thp membahyakn..huhuhu...so,tepuk dada,tnya nafsu tu ek..ianya keperluan or kemahuan...


12 October 2010

Proses Pembelajaran~

Assalamualaikum W.B.T...

mm...lmenya diriku menyepi dr blog ni..b'mcm2 dugaan,ujian dr Allah yg kuterima slama driku menyepi..ada yg sronok,ada yg sdh..itulh namanya kehidupan..aku bkn sorg yg kuat dlm m'hdpi sesuatu ujian yg Allah trnkn..kdng2 aku t'pk knape lps stu2 ujian Allah trnkn pd driku..mungkin ini disbbkn oleh dosa n kesilapan dr driku mse lampau..Ya Allah ampunilh hambamu ini..hmm...skrg pn sluruh umat Muhammad dh msk thn Islam yg baru..n aku t'pk slame 21 thun aku b'nfs di muka bumi ni,apa yg aku dh sumbngkn kpd agama..mungkin ujian2 dn dugaan yg Allah trnkn pd aku ni sbg peringatan kpdku..kejadian hri ni,btl2 bt aku t'sentak n t'sdr dr lamunan kesenangan aku..

Mulai detik ini,saat ini aku nk b'ubah..Ya Allah tetapkn lh pendirian dlm dri aku..jgn KAU membolak balikkn hti ku ini..ku mohon jauh dr itu...dh xnk dri ni diselubungi kesdihan...kesdhn yg xkn bw kemajuan pd driku..aku akn bangkit dr skrg..n thank you so much to my frnds yg t'lalu byk bg spirit untk aku jd kuat..kwn2 adalah anugerah yg bermakna dlm hidup ku slaen ibu bapa n agamaku ISLAM..aku tahu yg Allah xkn duga hamba2nya melainkan DIA tahu hambaNYA ini mmpu harunginya...

i think thats all for diz moment..n utk renungan bersama..hayatilh mksd ayat ini..ayat yg m'buatkn driku redha dlm ujian yg Allah trnkn kpdku kali ni...surah al-talaq(65:3)..."dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu".