30 September 2011

Bertaut Kembali~

Assalamualaikum w.b.t

Lama blog ni tidak di 'update' disbbkn kengkangan masa untuk menghadapnya..Kerja semakin hari semakin bertambah..Tapi itu adalah lumrah kehidupan kita ini..Hari yg mendatang adalah hari untuk kita belajar dalam usaha untuk meningkatkn ketaqwaan kita kepda YG MAHA ESA..Apabila usia semakin meningkat,baru ana mengerti erti masa yang amat2 berharga. Tanpa perancangan yg rapi & teratur, anda akan dapat rasa yang hidup anda telah terbuang begitu sahaja tanpa perkara yg berfaedah. Teringat akan kata2 seorg sahabat ana.."Sesungguhnya masa adalah musuh utama dalam usia remaja ni"..Betul katanya kerana remaja yang tidak pandai menyusun dan mengatur masa 24jamnya dengan baik,akan kerugian yang teramat sangat.

Ana bukanlah seorang yang pandai dalam menyusun waktu dalam hari-hari ana tetapi sedikit2,perlahan2 ana belajar untuk menjadi seorang 'perancang' yang terbaik dalam hidup ana..Dan Alhamdulillah ianya berhasil walaupun kadang2 ana terbabas juga tidak mengikut apa yang ana telah rancangkan seperti kata2 yang pernah kita dengar "Sebaik2 perancang adalah Allah S.W.T,kita hanya mampu merancang tetapi DIA lh yang menentukannya" tetapi tidak bermaksud anda tidak perlu merancang..Dan apabila kita telah merasakan apa yang kita susun itu adalah yang terbaik dan membuahkan kejayaan jangan pula kita lupa kepadaNYA..Setiap kejayaan dan kegagalan itu telah tertulis dalam kehidupan kita..Jangan apabila gagal sahaja,kita ingat kepadaNYA dan apabila kita berjaya kita lupa kepadaNYA..itu adalah salah dalam kehidupan kita sebagai seorang yang beragama ISLAM..Dalam hati kita sepatutnya sentiasa ada ALLAH..kemana-mana sahaja dan apa-apa sahaja kita hendak lakukan,pastikan  kita sentiasa ingat kepadaNYA..ini adalah nasihat ana kepada diri ana juga..

Mungkin anda terfikir,agak susah untuk istiqomah untuk melakukannya tetapi dari kepayahan itulah ianya akan menjadi senang.Perlahan-lahan untuk berubah menjadi sesorang muslim @ muslimah yang diredhai Allah itu tidak susah..ianya antara kita hendak atau tidak sesuatu perkara itu..Jadilah seorang muslim @ muslimah yang 'serba boleh' maksudnya seorang muslim @ muslimah yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..seperti kata ana di awal tadi,sesuatu perancang yang rapi akan menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.."If you fail to plan,you plan to fail"..Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan dan rancanglah masa remaja anda sebaik-baiknya..(nasihat utk diri yg lemah ini jg..)^_^


Love Letter: mlm ni akan b'gerak ke banting utk Progam Smart Generation PMH..^_^



No comments: