12 October 2011

Muhasabah Diri~


Jangan mudah menyerah kalah bila hidup sentiasa susah.. kerana masalah yg mendatang mampu mematangkan akal fikiran, kesusahan yg melanda mampu menjadikan jiwa sabar dan tabah dlm kehidupan.. dan untuk mencapai kesabaran dan ketabahan sudah pasti perlu melalui kesusahan dan kesukaran.. bersyukurlah tika diri diuji dan diduga oleh Tuhan..

08 October 2011

Renungan Bersama

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,sudah sehari duduk di rumah. Tempat di mana ana mencari ketenangan. Selepas melepaskan kepenatan 4jam perjalanan dari shah alam ke kuantan,emak tersayang memberikanku satu kad jemputan kahwin. Puas memikirkan siapa empunya kad jemputan ini,rupa-rupanya 'senior' di sekolah lamaku menjemputku ke majlis perkahwinannya. Sekarang semakin ramai umat Muhammad mendirikan masjid. Gembira hati ini mendengarnya. Alhamdulillah. Ana? Lambat lagi nampaknya. Kejayaan & kebahgiaan ibu bapa adalah keutamaan ana sekarang. Tujuan utama ana menulis hari ni adalah apabila ana membaca kad jemputan ini,ada satu yang menarik perhatian,ana ingin berkongsi dan mungkin boleh menjadi renungan kita bersama..

Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia
Isteri yang Kamu Nikahi
Tidaklah Semulia Khadijah
Tidaklah Setaqwa Aisyah
Pun Tidak Setabah Fatimah
Justeru Itu Isteri Hanyalah
Wanita Akhir Zaman
Yang Punya Cita-Cita
Menjadi Solehah,Pernikahan
Ataupun Perkahwinan
Mengajar Kita Kewajipan Bersama
Mengisafkan Kita Perlunya
Iman Dan Taqwa
Untuk Belajar Meniti
Sabar Dan Redha
Kerana Memiliki Isteri Yang
Tidak Sehebat Mana
Justeru Kamu Akan Tersentak Dari Alpa
Kamu Bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun Bukanlah
Saidina Ali Karramallah Wajhah
Cuma Kita,Suami Akhir Zaman
Yang Berusaha Menjadi Soleh

Nota Cinta : Solehahkan diri dahulu sebelum mendambakan seorang yang Soleh.

07 October 2011

Remaja,Cinta & Kehidupan


Assalamualaikum w.b.t
Sekarang gejala 'coupling' di kalangan remaja tersangat membimbangkan.Remaja kini terlalu banyak yang ingin merasai sesuatu yang baru.Keinginan yang banyak membawa kemudaratan dari kebaikan.Di sini ana ingin berkongsi sedikit info yang ana peroleh dari satu laman sesawang yang menjadi 'favourite' ana.Cerita yang sedikit sebanyak terjadi seperti diri ana.Semoga ianya membawa satu manfaat kepada diri ana dan rakan-rakan yang disayangi.
Melangkah ke alam 20-an sememangnya membawa insan bernama remaja untuk berfikir lebih jauh mengenai erti sebuah kehidupan. Terbentang dihadapannya seribu satu pilihan yang akan menentukan corak masa hadapan. Semuanya terletak di tangan masing-masing. Pilihan yang mana harus digarap terlebih dahulu.
Pelajaran, perhubungan, percintaan, perkahwinan adalah topik-topik yang tidak akan pernah lari dalam perbualan remaja normal seperti saya. Sering saya berkongsi cerita dengan ummi setiap kali berbual.
"Ummi, kak fatin dah kahwin!" jawapan yang diterima.
"Belajar dululah kak."
Niat di hati sengaja saya mahu bercerita, namun respon yang diterima berbeza pula. Saya tahu, ummi mahu saya fokus dalam pelajaran terlebih dahulu. Usah bermain-main dengan perasaan.
Ummi saya berkaca mata. Pernah saya bercerita lagi kepada Ummi.
"Umi, semalam ada seorang kawan akak, dia YM dengan seorang kawan lelaki ni. Budak laki ni mulakan perbualan. Salam sayang, pelik akak dibuatnya, macam bukan pelajar agama. Kalau tengah bercinta memang macam tu ya? "
" Mana ada erti cinta sebelum kahwin. Kalau dah berdua dalam YM, samalah juga macam duduk berdua bersama-sama tanpa orang lain. Yang ketiga siapa? Mestilah SYAITAN bukan?"
Pesan Ummi, " Kalau nak dapat anak soleh tu mesti permulaannya baik dan betul."
Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah rasa suka dengan seseorang. Perempuan memang cepat jatuh hati. Sangat bahaya!.
Sangat normal untuk seseorang itu jatuh hati/ taruh perasaan/ minat dengan orang lain. Saya tidak terkecuali. Ya, saya berkongsi cerita dengan Ummi.
Bagaimana saya boleh asyik, suka, minat. Pesan umi, solat tahajjud minta Allah tetapkan hati.
Tetapi dalam masa yang sama, saya takut kalau-kalau saya menjadi fitnah kepada saudara tersebut. Kakak perlu doa pada Allah seperti ini :
Ya Allah aku mohon ampun sekiranya perlakuanku menyebabkan dosa kepada saudaraku.
Saya takut saya ini melalaikan saudara saya daripada Allah. Memang perlu rasa seperti itu, supaya kita takut dengan Allah. Doa pada Allah supaya hati kita terpelihara daripada gangguan syaitan itu.
Saya takut perasaan minat saya hanyalah membuatkan saya lebih jauh daripada Allah. Kalau ada teringat-ingat itu cepat istighfar. Selagi tidak ada yang sohih jangan rosakkan hati kita.
Resah, gelisah, semuanya bergaul dalam diri. Saya seolah-olah mahu menafikan rasa suka saya terhadap saudara tersebut. Tiba-tiba rasa cemburu dengan kawan-kawan yang rapat dengannya. Rasa 'insecure.' Rasa mahu cepat-cepat uraikan belitan perasaan ini.
Diakah untuk saya?
Siapa saya untuk dia?
Jika dia pun suka sama suka dengan saya, apa perlu saya buat?
Saya takut saya akan turut bercinta seperti kawan saya yang lain. Nah, mungkin saya pula akan teruji begitu? SAYA TAKUT!
Serabut sangat perasaan itu. Rencana Allah itu indah. Rupanya Allah lontarkan masalah yang serupa kepada seorang sahabat di Mesir. Kami punya fikrah yang sama. Masing-masing takut dengan perasaan ini.
Sedang berlari-lari melalui hari dalam perasaan ini, banyak pula post dan artikel mengenai cinta bertebaran di laman web kunjungan saya.
Banyak juga tazkirah dan peringatan mengenai perihal cinta. Saya dan sahabat selalu bertukar cerita, selalu mengingatkan diri masing-masing tentang matlamat hidup anak perantauan menuntut ilmu.
Sehinggalah hati saya ini terusik dengan serangkap kata-kata hikmah yang akhirnya menenangkan gundah tidak sudah.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.
Bertemu yang soleh, belum tentu kekal, mungkin boleh berubah solehnya. Kerana si soleh adalah insan biasa.
Perkahwinan adalah sebuah proses menjadi dan bukannya mencari.
Orang kata, cinta itu tidak semestinya memiliki bukan? Lebih baik cinta dalam diam.
Semoga setiap pilihan kita itu dibawah bimbingan-Nya. Selalu kita mahukan sesuatu untuk memenuhi kehendak diri kita, tapi sering kita lupa, Allah tidak akan berikan setiap yang kita mahu tetapi Dia berikan setiap yang kita perlu.
Jadi, sekarang saya akan fokuskan diri, gandakan usaha untuk menjadi seorang ummi yang berjaya.
Kelak kekanda saya akan tiba jua. Kalau bukan di dunia, akan ketemu jua di syurga sana.
Nota Cinta: 'Kejarlah cinta Sang Pencinta sebelum mengejar cinta yang belum pasti lagi.

30 September 2011

Bertaut Kembali~

Assalamualaikum w.b.t

Lama blog ni tidak di 'update' disbbkn kengkangan masa untuk menghadapnya..Kerja semakin hari semakin bertambah..Tapi itu adalah lumrah kehidupan kita ini..Hari yg mendatang adalah hari untuk kita belajar dalam usaha untuk meningkatkn ketaqwaan kita kepda YG MAHA ESA..Apabila usia semakin meningkat,baru ana mengerti erti masa yang amat2 berharga. Tanpa perancangan yg rapi & teratur, anda akan dapat rasa yang hidup anda telah terbuang begitu sahaja tanpa perkara yg berfaedah. Teringat akan kata2 seorg sahabat ana.."Sesungguhnya masa adalah musuh utama dalam usia remaja ni"..Betul katanya kerana remaja yang tidak pandai menyusun dan mengatur masa 24jamnya dengan baik,akan kerugian yang teramat sangat.

Ana bukanlah seorang yang pandai dalam menyusun waktu dalam hari-hari ana tetapi sedikit2,perlahan2 ana belajar untuk menjadi seorang 'perancang' yang terbaik dalam hidup ana..Dan Alhamdulillah ianya berhasil walaupun kadang2 ana terbabas juga tidak mengikut apa yang ana telah rancangkan seperti kata2 yang pernah kita dengar "Sebaik2 perancang adalah Allah S.W.T,kita hanya mampu merancang tetapi DIA lh yang menentukannya" tetapi tidak bermaksud anda tidak perlu merancang..Dan apabila kita telah merasakan apa yang kita susun itu adalah yang terbaik dan membuahkan kejayaan jangan pula kita lupa kepadaNYA..Setiap kejayaan dan kegagalan itu telah tertulis dalam kehidupan kita..Jangan apabila gagal sahaja,kita ingat kepadaNYA dan apabila kita berjaya kita lupa kepadaNYA..itu adalah salah dalam kehidupan kita sebagai seorang yang beragama ISLAM..Dalam hati kita sepatutnya sentiasa ada ALLAH..kemana-mana sahaja dan apa-apa sahaja kita hendak lakukan,pastikan  kita sentiasa ingat kepadaNYA..ini adalah nasihat ana kepada diri ana juga..

Mungkin anda terfikir,agak susah untuk istiqomah untuk melakukannya tetapi dari kepayahan itulah ianya akan menjadi senang.Perlahan-lahan untuk berubah menjadi sesorang muslim @ muslimah yang diredhai Allah itu tidak susah..ianya antara kita hendak atau tidak sesuatu perkara itu..Jadilah seorang muslim @ muslimah yang 'serba boleh' maksudnya seorang muslim @ muslimah yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..seperti kata ana di awal tadi,sesuatu perancang yang rapi akan menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.."If you fail to plan,you plan to fail"..Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan dan rancanglah masa remaja anda sebaik-baiknya..(nasihat utk diri yg lemah ini jg..)^_^


Love Letter: mlm ni akan b'gerak ke banting utk Progam Smart Generation PMH..^_^



16 July 2011

Doa Di Malam Nisfu Syaaban


Erti Doa Nisfu Syaaban
Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan
Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku
Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ….sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir
Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya
Amin

05 June 2011

Rejab Kembali

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun telah beberapa hari kita memasuki bulan Rejab, ana rasa masih belum terlambat untuk ana berkongsi sedikit fakta mengenai Kelebihan Bulan Rejab yang ana dapat dari sini..^_^

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

* Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya

* Malam awal Rejab mustajab do'anya.

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi.

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan    daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). 

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

* Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

* Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

* Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

* Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.


Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

#SELAMAT BERAMAL..^_^#

13 April 2011

Ukhwah Terbina kerana Allah

 Assalamualaikum w.b.t

Hari ini ana hendak berkongsi sesuatu yang ana dapat rasa sendiri dalam hidup ana.Dua tiga minggu ini ana ada teringat kepada dua orang sahabat ana semasa ana belajar di Penang dulu.X tahu kenapa perasaan rindu kepada dua sahabat ana ini makin mendalam, tanpa membuang masa ana terus call mereka dan rupa2nya mereka berdua juga merasai apa yang ana rasa.Subhanallah.Apa yang hendak ana sampaikan di sini adalah apabila sesuatu ukhwah itu dibina ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan sesuatu balasan dari satu pihak yang lagi,insyaAllah Allah akan sentiasa mengeratkan hubungan itu walaupun di mana kita berada di antara satu sama lain.Sebelum ana mengundur diri,ada sedikit ilmu untuk sahabat2 ana yang bergelar muslimah..^_^

Ciri-ciri Wanita Syurga
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :
  1. Bertakwa 
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.
  3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
  4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.
  7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
  11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.
  12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua orang tua.
  15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Inilah beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)




31 March 2011

Perancangan & Perubahan

Assalamualaikum w.b.t

Lama blog ni tidak di 'update' disbbkn kengkangan masa untuk menghadapnya..Kerja semakin hari semakin bertambah..Tapi itu adalah lumrah kehidupan kita ini..Hari yg mendatang adalah hari untuk kita belajar dalam usaha untuk meningkatkn ketaqwaan kita kepda YG MAHA ESA..Apabila usia semakin meningkat,baru ana mengerti erti masa yang amat2 berharga..Dulu masa kecil2 tidak terfikir untuk buat apa dari satu masa ke masa yg akan mendatang,tp bila sudah dewasa ni,perancangan itu amat penting dalam hidup seseorg.Lagi2 seorg mahasiswa seperti ana..Tanpa perancangan yg rapi & teratur, anda akan dapat rasa yang hidup anda telah terbuang begitu sahaja tanpa perkara yg berfaedah..Teringat akan kata2 seorg sahabat ana.."Sesungguhnya masa adalah musuh utama dalam usia remaja ni"..Betul katanya kerana remaja yang tidak pandai menyusun dan mengatur masa 24jamnya dengan baik,adalah seseorg yg sangat2 rugi dalam kehidupannya bukan sahaja pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang..

Ana bukanlah seorang yang pandai dalam menyusun waktu dalam hari-hari ana tetapi sedikit2,perlahan2 ana belajar untuk menjadi seorang 'organizer' yang terbaik dalam hidup ana..Dan Alhamdulillah ianya berhasil walaupun kadang2 ana terbabas juga tidak mengikut apa yang ana telah rancangkan seperti kata2 yang pernah kita dengar "Sebaik2 perancang adalah Allah S.W.T,kita hanya mampu merancang tetapi DIA lh yang menentukannya" tetapi tidak bermaksud anda tidak perlu merancang..Dan apabila kita telah merasakan apa yang kita susun itu adalah yang terbaik dan membuahkan kejayaan jangan pula kita lupa kepadaNYA..Setiap kejayaan dan kegagalan itu telah tertulis dalam kehidupan kita..Jangan apabila gagal sahaja,kita ingat kepadaNYA dan apabila kita berjaya kita lupa kepadaNYA..Dalam hati kita sepatutnya sentiasa ada ALLAH..kemana-mana sahaja dan apa-apa sahaja kita hendak lakukan,pastikan  kita sentiasa ingat kepadaNYA..ini adalah nasihat ana kepada diri ana juga..

Mungkin anda terfikir,agak susah untuk istiqomah untuk melakukannya tetapi dari kepayahan itulah ianya akan menjadi senang..PERCAYA kata ana..perlahan-lahan untuk berubah menjadi sesorang muslim @ muslimah yang diredhai Allah itu tidak susah..ianya antara kita hendak atau tidak sesuatu perkara itu..nasihat ana,jadilah seorang muslim @ muslimah yang 'serba boleh' maksudnya seorang muslim @ muslimah yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..seperti kata ana di awal tadi,sesuatu perancang yang rapi akan menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.."If fail to plan,you plan to fail"..Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan dan rancanglah masa remaja anda sebaik-baiknya..Hayatilah bait-bait lagu ini..

                              

30 January 2011

First Entry For 2011



Assalamualaikum Para Sahabatku yg kukasihi insyaAllah krn Allah S.W.T..

Lama diri ini tidak menyinggah ke ruangan blog ini..Almaklumlah semster baru telah bermula dan dh msuk 4minggu..Byk perkara2 yg perlu diselesaikn...Alhamdulillah diri ini msih diberi kesempatan utk b'nafas di Bumi ciptaan Maha Pencipta Yg Agung dan dpt singgah sebentar di blog ini sementara cuti..Stiap kali masuk ke tahun baru,rmai yg memasang pelbagai azam di dlm diri msing2..Sebelum nk psng azam yg br,lihat smula adakah azam utk tahun yg sebelum telah dilunaskn atau belum,sekiranya masih belum,fikir2knlh..^_^..Esok lusa dh nk msuk ke bulan ke dua untk thn 2011..Pejam celik pejam celik, sekejap saja masa b'lalu kn?..Apa yg telah kita lakukn selama sebulan ini?Renungkn dan beri sedikit masa pd diri untuk b'muhasabah...Dalam kehidupan kita,kita xkn pernah dpt lari dr melakukn kesilapan..Tetapi Allah Maha Pengasih,Maha Pengampun..Jika kita sedar kita telah melakukan kesilapan,cepat2lh kembali ke pangkal jalan dan memohon keampunan kpd Allah...Allah sgt menyayangi hamba2NYA cuma hamba2NYA saja yg lalai dan tidak menyayangiNYA..

Untuk kali ini,tiada tajuk yg spesifik utk dibincangkn..Cuma nk b'kongsi apa yg tgh difikirkn...Dalam konteks kehidupan sebagai mahasiswa, kita perlu mencari sesuatu selain dr ilmu di bilik kuliah..Ilmu di bilik kuliah sebagai bekalan utnk kehidupan di dunia ini,bagaimana pula ilmu untuk bekalan akhirat ?..Oleh itu,kita seharusnya mencari ruang untk mencari ilmu tersebut..Tetapi dalam usaha untuk mencari ilmu akhirat,kita harus pandai memilih dalam mencarinya..Jgan smpai diri itu t'lalu taksub sehinggakn m'bawa diri jauh t'pesong entah ke mana,ini kerana ada sesetgh mahasiswa yg t'lalu taksub dlm mencari ilmu akhirat sehinggakn ilmu dunia entah ke mna dn ada yg sebaliknya..Kita seharusnya menjadi seorang mahasiswa yg seimbang di dalam  ilmu dunia dan ilmu akhirat..Ilmu akhirat tidak susah untk m'crnya sekiranya kita pndai mencari peluang..Sebgai cth,di setiap universiti pasti ada persatuan2 b'unsur kerohanian seperti universiti yg sy belajar skrg,cthnya Persatuan Mahasiswa Hadhari(PMH)..Di dlm PMH pelbagai aktiviti kerohanian diadakan slh stunya adlh ceramah mingguan..Majlis ilmu itu kn adalah slh stu tman syurga..^_^Dalam sibuk mengejar dunia,crilh masa untk m'beri mkanan kpd rohani kita..Xrugi taw mlhan b'baloi2...

I think that's all for this moment..Smoga kita sentiasa berada di bwh lindungan & rahmatNYA..Amin.."Ya Tuhan kami,jgnlh Engkau condongkan hati kami kpd kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kpd kami,dan kurniakanlh kpd kami rahmat dari sisiMU,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"(Ali-Imran--8)