08 October 2011

Renungan Bersama

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,sudah sehari duduk di rumah. Tempat di mana ana mencari ketenangan. Selepas melepaskan kepenatan 4jam perjalanan dari shah alam ke kuantan,emak tersayang memberikanku satu kad jemputan kahwin. Puas memikirkan siapa empunya kad jemputan ini,rupa-rupanya 'senior' di sekolah lamaku menjemputku ke majlis perkahwinannya. Sekarang semakin ramai umat Muhammad mendirikan masjid. Gembira hati ini mendengarnya. Alhamdulillah. Ana? Lambat lagi nampaknya. Kejayaan & kebahgiaan ibu bapa adalah keutamaan ana sekarang. Tujuan utama ana menulis hari ni adalah apabila ana membaca kad jemputan ini,ada satu yang menarik perhatian,ana ingin berkongsi dan mungkin boleh menjadi renungan kita bersama..

Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia
Isteri yang Kamu Nikahi
Tidaklah Semulia Khadijah
Tidaklah Setaqwa Aisyah
Pun Tidak Setabah Fatimah
Justeru Itu Isteri Hanyalah
Wanita Akhir Zaman
Yang Punya Cita-Cita
Menjadi Solehah,Pernikahan
Ataupun Perkahwinan
Mengajar Kita Kewajipan Bersama
Mengisafkan Kita Perlunya
Iman Dan Taqwa
Untuk Belajar Meniti
Sabar Dan Redha
Kerana Memiliki Isteri Yang
Tidak Sehebat Mana
Justeru Kamu Akan Tersentak Dari Alpa
Kamu Bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun Bukanlah
Saidina Ali Karramallah Wajhah
Cuma Kita,Suami Akhir Zaman
Yang Berusaha Menjadi Soleh

Nota Cinta : Solehahkan diri dahulu sebelum mendambakan seorang yang Soleh.

2 comments:

el.hiffzunnuri said...

Akak, we have the same thought "Kejayaan & kebahgiaan ibu bapa adalah keutamaan ana sekarang." =)

DaLiLa said...

Alhamdulillah..Sekiranya itu yg kita utamakan,jgn risau tntg yg laen.. Redha Allah terletak pd redha kedua ibubapa kita..*^_^*